Business Card

Ringkasan Aktiviti:

  • Setiap kumpulan dibekalkan dengan beberapa sampel kad perniagaan. Setiap kumpulan perlu berbincang sesama ahli dan memberikan pandangan berkenaan kad-kad tersebut. Pandangan dalam bentuk kelebihan dan kelemahan pada setiap kad tersebut.
  • Seorang wakil yang dilantik oleh ketua kumpulan perlu melakonkan adegan bagaimana teknik mengedarkan kad perniagaan kepada pelanggan.
Ketika ini juga, kumpulan kami sedang sibuk merekacipta 'draft' kad perniagaan kumpulan kami.


Ini adalah adegan yang dilakonkan oleh wakil daripada kumpulan kami, saudara Khairul Amri.

Refleksi:

Teknik yang betul dalam mengedarkan kad perniagaan perlu diaplikasikan oleh usahawan. Antaranya:

  1. Ketika mengedarkan kad perniagaan, pastikan nama kita menghala ke arah pelanggan untuk memudahkan bacaan.
  2. Tidak perlu menerangkan jenis perniagaan kita, alamat dan sebagainya kerana maklumat tersebut sudah tertera di atas kad perniagaan.