Creativity

Ringkasan Aktiviti:

Pensyarah meminta setiap kumpulan memilih satu daripada 3 gambar yang diberikan. Gambar-gambar tersebut bertemakan suasana di Piramid, Mesir, di pantai dan lautan dan juga di Grand Prix. Kumpulan kami memilih gambar bertemakan Grand Prix.

 

Daripada tema Grand Prix ini, kami diminta menghasilkan satu produk yang boleh dijual di tempat berkenaan. 30 minit masa diberikan kepada kami untuk memerah idea dalam penghasilan produk yang kreatif dan inovatif. 

Kumpulan kami bertungkus-lumus berbincang dan masing-masing menjana idea supaya dapat menghasilkan satu produk yang berkualiti, unik dan dipasarkan di setiap litar Grand Prix.


Dan hasilnya, kumpulan kami telah menghasilkan produk yang diberi nama F1 ProGlass. Produk yang dihasilkan ini perlu didraf atas kertas dan dibentangkan. Tapi kumpulan kami membuat 'design' dalam 2 versi, satu versi kertas dan satu lagi versi komputer.



Saksikan video yang sempat dirakamkan oleh kumpulan kami semasa sesi pembentangan produk beserta sesi soal jawab.



Refleksi:

Untuk menghasilkan satu produk yang kreatif dan unik memang sukar kerana kreativiti merupakan satu anugerah atau bakat yang dikurniakan secara semulajadi dan tidak dimiliki oleh semua orang. Tetapi kreativiti boleh dijana secara spontan sekiranya seorang usahawan itu berada dalam keadaan terdesak. Paling penting, seseorang usahawan itu mestilan sentiasa memupuk dan mengasah pengetahuan yang dimilikinya.