Kapal Terbang Kertas

Ringkasan aktiviti:
  • Setiap kumpulan dikehendaki membina kapal terbang kertas daripada 5 helai kertas A4 yang diberikan dalam masa 30 minit dengan menggunakan daya kreatif dan inovatif. 
  • Kapal terbang tersebut perlulah mempunyai bentuk seperti sebuah kapal terbang (contohnya mempunyai sayap). 
  • Kapal terbang itu tidak boleh dimodifikasi dengan menambah aksesori yang mampu membuatkan ia mampu terbang jauh.
  • Setiap kumpulan perlu memilih 2 kapal terbang yang terbaik untuk diterbangkan dan setiap kapal terbang itu diberi 3 kali percubaan sahaja.

 
Ini adalah salah satu daripada kapal terbang kumpulan kami

Berikut adalah video ketika latihan penerbangan diadakan:


Refleksi:

Walaupun kumpulan kami tidak berjaya memenangi pertandingan ini, tetapi hasil daripada aktiviti ini, kami telah mempelajari bahawa:

  1. Untuk menjadi seorang usahawan, kita perlu menghasilkan produk yang  unik dan lain daripada yang lain. (kreatif dan inovatif)
  2. Dalam menghasilkan sesuatu produk, perancangan yang rapi perlu dilakukan.
  3. Usahawan perlu bijak dalam menggunakan sumber yang terhad.
  4. Usahawan seharusnya tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian, perlu berusaha dengan lebih gigih lagi.
  5. Usahawan perlu yakin dengan produk yang dihasilkan.
  6. Persaingan adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi usahawan hendaklah melihat persaingan itu dari perspektif yang sihat.