Business Idea Competition






Mohd Fairuz Bin Mohd Razali
Noor Aziah binti Mustaffa
Norhasniza binti Sabarudin
Khairul Amri bin Sanusi
Norzamri bin Shaari

Alamat:
 HomeStayDotCom Sdn. Bhd
Tingkat 20 Menara HomeStayDotCom
Kampung Baru
56100 Kuala Lumpur

Tel: 03-2727272
Fax: 03-2727273
Laman Web:http://ite-homestaydotcom.blogspot.com



KANDUNGAN

Seksyen 1.0
RINGKASAN EKSEKUTIF …………………………………………….


2
Seksyen 2.0
KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN ………………………..


3
Seksyen 3.0
PENERANGAN TEKNOLOGI ………….…………………………


4
Seksyen 4.0
PASARAN DAN PERSAINGAN …………………………………….


5
Seksyen 5.0
MODEL  PERNIAGAAN………….……………………………………….


6– 13
Seksyen 1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF
Homestaydotcom merupakan sebuah laman web yang mengkhususkan tempahan homestay secara atas talian yang menawarkan kadar harga yang lebih rendah berbanding di pasaran. Pengguna boleh menyemak kadar semasa sesebuah homestay, membuat tempahan dan seterusnya membuat bayaran secara atas talian.

Laman web ini juga merupakan pusat sehenti kepada pelancong dalam dan luar negara yang inginkan maklumat lebih lanjut berkenaan homestay. Ia mudah dicapai di mana-mana sahaja dan transaksi urusniaga hanya di hujung jari.

Trend pasaran sekarang di mana homestay menjadi pilihan utama apabila bercuti kerana ianya lebih selesa untuk mereka yang mempunya keluarga besar selain kos efektif bagi mereka yang berpendapatan sederhana di bawah RM2000 sebulan.

Homestaydotcom memiliki kepakaran anak bumiputera yang terdiri daripada mereka yang mahir dalam bidang IT samada dari pembangunan perisian, jaringan rangkaian serta pengiklanan melalui internet dengan menggunakan media sosial.

Keperluan kewangan meliputi kos sewa tapak domain dan hosting, promosi dan  pengiklanan dan kemudahan perkhidmatan pembayaran secara terus dengan bank.

Seksyen 2.0 KETERANGAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN

Idea perniagaan yang dicadangkan ialah berkonsepkan laman web tempahan online homestay di seluruh Malaysia dimana ia menawarkan harga yang lebih murah daripada biasa bagi pelanggan untuk mencari penginapan yang selesa bertujuan untuk bersantai mahupun pelancongan. Laman web ini diberi nama sebagai Homestaydotcom.

Pemilihan tajuk ini adalah berlandaskan kepada permasalahan yang banyak ditimbulkan oleh para pelanggan iaitu kesukaran pelanggan untuk mencari tempat penginapan yang selesa dan lebih murah untuk seisi keluarga berbanding dengan hotel-hotel di Malaysia dan juga tempat penginapan yang berkonsepkan kehidupan masyarakat tempatan khusus untuk pelancong asing. Kekangan utama di sini ialah ketiadaan satu tempat berpusat yang boleh dijadikan rujukan untuk mencari kemudahan penginapan berkonsepkan homestay di negara kita ini. Kebanyakan carian di internet lebih menumpukan kepada promosi homestay masing-masing dan terlalu banyak yang selalu memeningkan kepala pelanggan. Dari masalah inilah kami cuba untuk mencari penyelesaian yang sesuai bagi memenuhi keperluan pelanggan kami.

Homestaydotcom akan menyediakan kemudahan laman web berpusat yang menawarkan rumah penginapan di seluruh negara pada kadar lebih rendah dan menawarkan promosi mengikut waktu tertentu.

Di antara keunikan Homestaydotcom ialah ianya bukan sahaja menyediakan tempat rujukan bagi peminat homestay tetapi juga bertindak sebagai ‘middleman’ kepada pemilik rumah untuk menyewakan homestay mereka. Homestaydotcom juga akan menjadi satu tempat latihan dan juga rujukan berkenaan jenis kemudahan yang perlu disediakan dalam setiap homestay bagi menarik minat pelanggan.

 Seksyen 3.0 PENERANGAN TEKNOLOGI

Kami akan menyediakan kemudahan web dimana orang ramai hanya perlu melayari laman web syarikat kami untuk mencari rumah penginapan diseluruh negara. Kami menawarkan rumah penginapan diseluruh negara dan bukan hanya tempat-tempat utama yang dimonopoli oleh hotel-hotel besar dan mewah.

Perkhidmatan yang kami berikan bukan sahaja menyediakan tempat rujukan penginapan tetapi juga menjadi ejen kepada pemilik rumah penginapan persendirian untuk menyewakan kediaman mereka. Rumah penginapan merangkumi keperluan menginap beberapa hari atau bulan.

Segala tempahan dan juga bayaran adalah berlandaskan web dan sasaran pelanggan kami adalah dari pelanggan berpendapatan sederhana yang mahukan kos yang rendah tetapi mempunyai kemudahan dan keselesaan seperti dirumah.

Seksyen 4.0 PASARAN DAN PERSAINGAN

Pasaran bagi tempat penginapan amatlah luas dan banyak tetapi kebanyakannya lebih tertumpu kepada bandar-bandar besar dan hampir 80% daripadanya dimonopoli oleh hotel-hotel yang ternama. Negara kita terkenal dengan adat ketimuran dan disinilah kelebihan kami yang mana kami memberikan persaingan kepada hotel-hotel ternama dengan perkhidmatan ketimuran kami. Berbudi bahasa serta ciri keunikan homestay yang menitikberatkan kekeluargaan beserta dengan moto “Now Everyone Can Stay” akan pastinya memberi kelebihan pasaran kepada kami.   



Dengan menggunakan teknologi tempahan terkini yang mana akan memberi “SATU” laman dwibahasa berpusat, nyata akan turut membantu kami dari segi pasaran didalam mahupun diluar Negara. Bagi pemilik persendirian yang menjadi rakan niaga kami, kami akan sentiasa membuat pemantauan berkala bagi memastikan ia sentiasa menepati standard yang telah kami tetapkan.    

 

Seksyen 5.0 MODEL PERNIAGAAN


Homestaydotcom merupakan laman web tempahan homestay yang menawarkan harga lebih rendah daripada kadar biasa di samping membantu mempromosikan homestay-homestay di seluruh Malaysia dan tempat-tempat menarik yang ada di sekitarnya.   Homestaydotcom dibangunkan berdasarkan pengalaman sendiri di mana kami menghadapi kesukaran dalam mencari kemudahan homestay yang selesa untuk seisi keluarga kami ketika ingin bercuti seketika dahulu. Akibat daripada kesukaran itu, tercetusnya idea untuk membangunkan satu laman web berkonsepkan homestay yang dapat menjadi rujukan di masa hadapan.   Menjadi satu trend pada hari ini di mana penginapan di homestay menjadi pilihan kerana keadaan persekitaran yang lebih selesa, mempunyai banyak bilik, lebih luas, lebih santai dan tidak terikat dengan peraturan tertentu. 



Di Malaysia, terdapat banyak tempat menarik yang boleh dipromosikan terutamanya kepada pelancong asing dan ini secara tidak langsung membantu meningkatkan industri pelancongan.   Mengikut kajian dan pemerhatian di internet, tiada satu pun laman web buat masa sekarang yang menawarkan perkhidmatan tempahan homestay secara online. Yang ada hanyalah untuk hotel-hotel bertaraf 3 – 5 bintang.   Homestaydotcom akan bertindak sebagai orang tengah di antara pelanggan dan pemilik homestay. Situasi menang-menang akan wujud di sini kerana:  


i)      Pelanggan berpeluang mendapat tawaran yang lebih menarik dan maklumat berkenaan homestay yang dipilih.
ii)  Pemilik homestay dapat memperkenalkan homestay tanpa sebarang kos tambahan. Promosi akan dilakukan oleh Homestaydotcom.
    
Berdasarkan SWOT Analysis, kami telah mengenalpasti kekuatan, antara cabaran dan halangan yang perlu dihadapi. Antaranya:  
i)              Kekuatan
-       Homestaydotcom hanya memfokuskan kepada penyediaan perkhidmatan tempahan dan menjadi tempat rujukan untuk homestay sahaja.
-       Laman web ini mempunyai kemudahan tempahan dan membuat bayaran secara online.
-       Kadar harga yang lebih rendah dijanjikan kerana kami menjalankan urusniaga harga secara terus dengan pemilik homestay.
-       Tiada kos awal
-       Pengiklanan atas talian secara percuma

ii)             Kelemahan
-       Pemilik homestay tidak mempunyai kemudahan internet untuk mengakses atau melihat tempahan homestay mereka.

iii)            Peluang
-       Dengan adanya Homestaydotcom, secara tidak langsung ianya membuka peluang kepada semua pemilik homestay untuk meningkatkan ekonomi mereka.
-       Homestaydotcom membantu meningkatkan industri pelancongan dengan mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di sekitarnya.
-       Meningkatkan permintaan dalam sektor hartanah kerana pemilik rumah yang kosong boleh mentransormasikan rumah kepada homestay.
-       Homestaydotcom juga membantu meningkatkan industri makanan disekitarnya dengan mempromosikan tempat makan yang menarik dan menu yang ada.
iv)           Ancaman
-       Persaingan dengan hotel bajet yang ada di sekitar homestay.
-       Kemungkinan berpunca daripada pemilik hotel itu sendiri. Selepas pelanggan menginap di homestay masing-masing, mereka mungkin membuat tawaran baru terus kepada pelanggan itu sendiri.

Pasaran
Kami mensasarkan pengguna Homestaydotcom ini adalah terdiri daripada:

-       Pemilik homestay
-       Pemilik homestay yang tercari-cari platform untuk mempromosikan homestay mereka.
-       Pemilik hotel yang tidak tahu menggunakan platform internet sebagai kaedah pemasaran dan promosi
-        
Pelanggan
-       Ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti terutama pada musim cuti sekolah.
-       Golongan berpendapatan sederhana yang mencari kemudahan penginapan yang selesa dan sesuai untuk seisi
-       keluarga ketika acara tertentu seperti menghadiri majlis perkahwinan, konvokesyen dan kemasukan ke institusi pengajian tinggi.
-       Pengembara, pelancong asing


Pasaran Homestaydotcom meliputi seluruh Malaysia kerana laman web kami memberi kemudahan carian mengikut negeri dan harga terendah. Kami mensasarkan mereka dari golongan berpendapatan kurang daripada RM2000 sebulan dan mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai.   Kami juga mensasarkan kawasan seperti di sekitar institusi pengajian tinggi dan kolej-kolej sebagai kawasan hotspot dan menjadi tumpuan apabila tibanya acara tertentu.  



·         Saingan
Persaingan utama Homestaydotcom adalah daripada hotel-hotel bajet yang ada di sekitar kawasan homestay yang menawarkan family room dengan kadar yang lebih murah atau sama kepada pelanggan. Akan tetapi, kami sedia maklum dengan isu ini dan merancang untuk memperbaiki lagi mutu perkhidmatan kami dengan cara:  
-       Memberi cadangan kepada pemilik homestay untuk meningkatkan kemudahan prasarana dalam   homestay mereka.
-       Memperkenalkan tarikan pelancongan yang ada di sekitar homestay tersebut.
-       Meletakkan star ranking mengikut jenis dan kemudahan homestay.
-       Menawarkan baucar makanan kepada pelanggan di mana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama antara pemilik homestay dan pemilik restoran.


Kelebihan Homestaydotcom ialah kemudahan tempahan homestay yang diinginkan lebih cepat tanpa perlu menelefon pemilik homestay terlebih dahulu. Dengan adanya laman web ini, pelanggan boleh mendapat gambaran awal berkenaan homestay yang ditempah serta kemudahan yang disediakan.               

Bagi memastikan Homestaydotcom dikenali ramai, beberapa strategi jualan telah dicadangkan seperti berikut:   
·         
  •      Strategi Jualan

    -     Melalui Social media advertising network seperti Nuffnang Bloggers network dan ChurpChurp
          Twitter network.                                   
-       Mengiklankan di Facebook Ads
-       Mengiklankan di Google Ads
-       Menggunakan khidmat Top Blogger di Malaysia untuk mempromosikan sesebuah homestay.
                                   
  • Strategi Pemasaran
-       Satu borang maklumbalas secara online akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan semasa tempahan selepas pelanggan check-out daripada homestay. Pelanggan boleh memberi maklumbalas tahap kepuasan ketika menginap di homestay dan cadangan penambahbaikan.
-       Baucar diskaun 5-10% untuk penginapan seterusnya dan boleh digunakan untuk mana-mana tempahan homestay.
-       Poin terkumpul untuk setiap tempahan yang kemudiannya boleh ditukarkan dalam bentuk nilai RM dan digunakan untuk tempahan homestay seterusnya.
-       Pelanggan boleh mendaftarkan emel untuk menjadi yang terawal mendapatkan promosi terbaru.
     
MODEL PERNIAGAAN




STRATEGI TERAS
SUMBER STRATEGIK
PERKONGSIAN RANGKAIAN
ANTARA MUKA PELANGGAN
·         Menyediakan rumah penginapan bajet sederhana dan selesa
·         Rumah penginapan berciri ketimuran diseluruh Malaysia

·         Sebagai agen kepada pemilik rumah persendirian
·         Tempat latihan dan rujukan bagi menyediakan kemudahan yang sepatutnya
·         Pemilik rumah penginapan
·         Rakan niaga
·         Auditor untuk menjalankan audit berkala
·         Sasaran pelanggan ialah mereka yang berpendapatan sederhana
·         Pengembara atau pelancong